Pages

Monday, June 13, 2011

Bihun Soto & begedil



Bahan2:
1 ekor ayam -
1 bungkus mihun (dicelur)/ mee / nasi impit
20 ketul bergedel- (resepi di bawah)
3 tangkai daun bawang (dihiris)
3 tangkai daun sup (dihiris)
segenggam tauge
Garam & air secukupnya.

Bahan 1 Dikisar:
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil lada putih
Sedikit lengkuas, halia & kunyit hidup
1 batang serai
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1/2 bungkus rempah sup

Bahan Sos Kicap:
15 biji cili padi
½ cawan kicap manis
1 sudu kecil gula pasir
1 ulas bawang putih
celurkan cili padi dengan kuah soto & kisar dengan bawang putih, campurkan kicap & gula)

Cara2:
Masukkan Bahan (1) dalam periuk yang berisi air secukupnya.
Masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan ayam & rebus hingga empuk.
Angkat & toskan.
Kemudian siat-siatkan daging ayam ini.
Tulang-tulang ayam tadi dimasukkan ke dalam periuk rebusan.
Bubuh garam secukup rasa & biarkan merenih.
Apabila menghidang, masukkan sedikit mihun / mee / nasi impit ke dalam mangkuk.
Bubuhkan isi ayam, bergedel, daun bawang, daun sup, bawang goreng & tauge.
Kemudian tuangkan kuah soto secukupnya & bubuhkan sos kicap.


Bahan-Bahan A (rempah tumbuk)
1 sudu kecil jintan
1 sudu kecil ketumbar
8 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
1/2 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil kunyit serbuk
1/2 sudu kecil garam (lebih elok garam kasar)
sedikit serbuk perisa (jika mahu)


Bahan-bahan B
200 gram Udang Basah (aku campur ayam separuh)
6-8 biji kentang sederhana besar
2 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar daun sup
2 sudu besar daun bawang
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil minyak masak (untuk di sapu pada tangan ketika menguli nanti)


Bahan-Bahan C
1 biji telur
sedikit lada putih(sulah) - secukup rasa


Minyak untuk mengoreng kentang dan kemudian begedil (dalam setengah cawan)


Cara-cara Memasak
Bahan-Bahan A ditumbuk hingga lumat. Ketepikan.
Kentang di kopek kulit dan di potong serong (berbentuk "wedges").
Goreng deep-fry hingga garing.
Apabila mengangkat jangan toskan minyaknya, angkat terus kedalam mangkuk tahan panas.
Minyak dari gorengan kentang tadi akan membantu dalam proses mengadun begedil itu nanti.

Tumbuk kentang yang masih panas didalam lesung batu. Tidak mengapa jika masih ada bekas rempah tumbuk. Jangan gunakan food processor atau blender kerana kentang akan menjadi terlalu halus dan tidak sesuai dibuat begedil. Ketepikan.
Udang dikopek kulit hingga bersih dan ditumbuk lumat. Boleh juga menggunakan food processor.
Bahan A(rempah tumbuk) dan Bahan B disatukan di dalam mangkuk dan di gaul hingga semua bahan sebati menjadi doh menggunakan sudip kayu.
Ambil sedikit minyak masak dan sapu pada tangan anda. Ini untuk mengelak dari doh melekat. Ambil sedikit doh (dalam satu sudu sup) dan bulat-bulatkan menjadi bentuk bulat kemudian di leperkan (supaya begedil masak, jika bulat dan tebal takut tidak masak).
Setelah siap semua begedil di bentuk, ambil satu biji telur, di kacau hingga sebati bersama sedikit lada sulah.
Panaskan kembali minyak di dalam kuali yang digunakan untuk mengoreng kentang tadi.
Celup dan salutkan begedil dengan bancuhan telur tersebut.

Api jangan terlalu besar supaya begedil tidak hangus. (aku guna api yg paling kecil) Goreng dalam 5-6 biji sahaja sekali mengoreng. Angkat dan toskan.

Lemon Cheesecake Yoghurt Cupcake


Lemon Cheesecake Yoghurt Cupcake
Adapted from Skinnytaste


Ingredients:
crushed digestive biscuits mix with melted butter
8 oz cream cheese, softened
1/4 cup sugar
1 tsp vanilla
6 oz fat-free yogurt
2 large egg whites
3 tbsp lemon juice
1 tbsp lemon zest
1 tbsp all purpose flour
24 blueberries

Directions:
Heat oven to 350°.
Line cupcake tin with liners. Place crushed digestive biscuits at the bottom of each liner.Baked for 10 minutes.

Gently beat cream cheese, sugar and vanilla until smooth using an electric mixer. Gradually beat in fat free yogurt, egg whites, lemon juice, lemon zest and flour. Do not over beat. Pour into cupcake liners filling half way.

Bake 15 minutes or until center is almost set. Cool to room temperature. Chill a few hours in the refrigerator

bantal durian@pancake durian



bahan-bahan
Bahan-bahan untuk kulit:
250 gm tepung gandum.
3 biji telur
500 ml santan
1/2 tsp garam.
esen pandan
pewarna hijau

untuk inti plak
isi durian secukupnya
whipped cream yg telah dipukul kembang

cara-cara
bancuh semua bahan untuk kulit sehingga sebati dan kemudian tapis.blend jer semua.senang!

kemudian dadar kan nipis seperti membuat kuih dadar/kuih ketayap



letak sedikit whipped cream atas kulit dadar dan letak 1 sudu isi durian

lipat kemas-kemas seperti gambar kat bawah nie,sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.sedap mkn sejuk2 :)

puding susu coklat dutch lady

Bahan
10 gm serbuk agar-agar
3 cawan air
1 cawan gula
1 sb serbuk koko + 1/2 cawan air
1 liter susu coklat DUTCH LADY


Cara
1. Masakkan air dan serbuk agar-agar sehingga mendidih.
2. Masukkan gula dan bancuhan koko.
3. Masakkan sehingga mendidih. Tutup api.
4. Masukkan susu coklat dan kacau rata.
5. Tuangkan adunan dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk.

Blueberry cheese cake

250g Cream Cheese (sy guna philadephia)
3 biji telur
1/2 cawan gula
125g Mentega
10 keping biskut orea di buang intinya
8 keping biskut mvities
Topping-blueberry
sedikit esen vanilla

Cara membuatnya

A. Untuk Base

1. Biskut orea dan mvities dihancurkan

2. Butter dicairkan (double boiler-tapi saya hanya guna air panas letak dalam mangkuk pastu letak cawan yang berisi butter)

3. Gaul biskut dengan butter yang telah dicairkan sehingga sebati

4. kemudian tekan mampat adunan tadi di dalam loyang

B. Untuk kek

1. Pukul cream cheese dengan gula smpai kembang. jangan terover pula..nanti atkut mase bakar kek merekah

2. Masuk telur sebiji demi sebiji..pukul hingga kembang.

3. kemudian masuk esen vanilla. Pukul sekata

4. selepas itu tuang atas based...tadaaaa..siap utk dibakar.

5. Bakar dgn suhu 185C selama 20min je (sy bakar 40 minit sbb oven tu dh tetapkan untuk cake 40 minit)

Apabila kek siap dibakar, letak dlm fridge. Apabila sudah sejuk baru letak topping seperti dalam gambar di bawah

Strawberi cheesecake



Bahan A (base)

180gm cream cracker Jacob

120gm butter

Bahan B (Cheese)

250gm cream cheese

250ml whipping cream

140gm gula castor

2 sudu besar jus lemon

15 gm gelatin halal - campurkan air dgn gelatin

Atas double boiler dan sejukkan

100 ml air - dan sejukkan selama 5 minit

*Beberapa biji strawberi dipotong halus

Bahan C (Topping)

1 sudu besar gelatin

1/2 cawan strawberry filling

1/3 cawan air

Sedikit buah strawberi utk hiasan


Cara membuatnya:

Bahan A

Cairkan butter, hancurkan biskut cream cracker.

Gaul sebati dan kemudian mampatkan dalam loyang bersize 8”

Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.

Bahan B.

1. Masukkan gelatin ke dalam air. Panaskan dengan cara double boiler. Kacau hingga gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan.

2. Pukul whipping cream sehingga gebu dan pekat.Ketepikan.

3. Dalam mangkuk lain pukul cream cheese, gula castor dan jus lemon hingga adunan menjadi sebati.

4. Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.

5. Kemudian tuangkan adunan ini ke dalam bekas yang berisi krim putar tadi dan gaul rata dengan menggunakan whisk.

6. Keluarkan loyang berisi biskut tadi dah curahkan 1/3 adunan cheese kedalamnya, ratakan.

7. Kemudian, taburkan potongan buah strawberi di atas adunan cheese tadi. Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis.

8. Ratakan. Sejukkan dalam peti ais 2 - 3 jam utk proses beku sepenuhnya.

Bahan C

Masukkan gelatin ke dalam 1/3 air dan panaskan dgn kaedah double boiler. Kacau hingga gelatin larut. Kemudian, masukkan ½ strawberi filling dan kacau sebati.

Keluarkan loyang berisi adunan cheese dari peti sejuk dan aturkan buah strawberi ke atasnya. Tuangkan adunan topping dan ratakan. Masukkan kembali dalam peti sejuk.

Bila adunan dah betul2 sejuk boleh lah dipotong dan hidangkan.